FAQ





PASTIKAN ANDA BACA SEMUA FAQ INI!

  1. APAKAH KONSEP KONGSIMODAL? - Sangat mudah. Anda pilih pakej modal mengikut kemampuan anda. Modal tersebut akan kami jadikan sebagai modal untuk kami rolling business Dobi dan Homestay dengan membayar cash kepada supplier dan hutang bulanan perniagaan boleh dibayar ontime tanpa dikenakan charge yang berlebihan. Contoh mudah, anda beli unit ASB. PNB gunakan modal anda dan pastinya harus ada pulangan untuk anda. Mereka berniaga guna modal anda, dan pulangan dibahagi bersama. Inilah konsep perniagaan masa kini.
  2. DIMANA DOBI DAN HOMESTAY YANG DIMAKSUDKAN? Dobi dan homestay yang dimaksudkan terletakkan di Melaka. Dobi kami menjalankan perkhidmatan Dry Cleaning (Aquawash) dan memberi khidmat kepada lebih daripada 20 buah dobi di Melaka yang tidak mempunyai machine Dry Cleaning ini. Oleh itu, Insyallah kami yakin kami mampu bertahan dan lebih berkembang dalam jangkamasa 10 tahun yang mendatang. Dobi Angin Bayu Enterprise terletak di Taman Paya Emas, Melaka. Homestay pula terletak di Taman Bertam Setia. Perniagaan homestay semakin berkembang dan amat berpotensi di Melaka memandangkan Melaka sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara. Homestay ini adalah milik admin dan keluarga. Justeru itu peluang yang ada tidak disia-siakan dan harus digunakan sepenuhnya dalam menjana pendapatan. Homestay biasanya mendapat permintaan pada cuti hari minggu yang panjang, cuti sekolah dan jika ada event di Melaka terutamanya di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh. Rujuk www.dbayuhomestay.blogspot.com untuk info lanjut.
  3. KENAPA PERLU MODAL LAGI? – Keperluan modal adalah tidak terlalu mendesak, timbul idea sebegini apabila admin melayari internet dan kebanyakkan yang menawarkan pendapatan sampingan adalah melalui pembelian e-book, affiliate dan membeli produk. Justeru itu, dengan izin Allah idea untuk menawarkan perkongsian modal ini muncul dalam sanubari kerana rasa ingin berkongsi modal dan keuntungan bagi membantu anda yang mungkin inginkan pendapatan sampingan. Modal yang dikumpulkan akan digunakan sebaik mungkin untuk melancarkan lagi perniagaan dobi dan homestay kami. 
  4. KENAPA HANYA TERHAD KEPADA RM2000? -  Kami buka tawaran rakan kongsi kongsimodal ini hanya seramai 20 orang setiap bulan atau RM2000 modal terkumpul kerana kami perlu kawal jumlah modal yang masuk supaya tidak melebihi kemampuan kami untuk membayar pulangannya nanti. Ini kerana kami yakin itu adalah modal yang kami perlukan dan mampu memberi pulangan kepada rakan kongsi seperti yang telah dijanjikan.
  5. YAKIN PULANGAN DAPAT DIBERIKAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN? – Berpijak dibumi nyata, setiap perniagaan ada risikonya. Pada penilaian kami, risiko pelaburan ini adalah rendah kerana setelah 4 tahun menjalankan perniagaan dobi dan terbaru perkhidmatan homestay, Insyallah ini adalah pulangan paling seimbang yang boleh kami berikan kepada anda sebagai rakan kongsi kami. Walaubagaimanapun kadar pulangan akan dikaji dan disemak semula berdasarkan situasi semasa. Perubahan kadar pulangan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum rakan kongsi membuat pelaburan. Kadar pulangan mungkin lebih rendah atau mungkin lebih tinggi. Pihak admin akan mempertimbangkan bonus tambahan kepada 'rakan kongsi setia' bergantung kepada situasi semasa. Pemberian bonus ini adalah hak admin dan hanya rakan kongsi yang layak akan dimaklumkan.
  6. KENAPA HANYA ADA 3 PAKEJ KEAHLIAN ? – Saya pernah bermula dari bawah dan Insyallah faham dengan masalah kebanyakkan masalah orang di bawah. Justeru itu, pakej yang saya tawarkan adalah berpatutan bagi mereka yang tidak mempunyai modal besar dan ingin memperolehi pendapatan tambahan. Anda sebagai rakan kongsi hanya perlu melaburkan wang anda serendah RM50 sehingga RM200 selama sebulan dan akan menerima sms bahawa modal dan pulangan anda telah dikreditkan ke akaun anda. Anda boleh menganggap ini sebagai pelaburan jangka pendek di mana wang yang anda laburkan dan pulangannya akan diperolehi dalam masa 30-31 hari.
  7. ADAKAH SELEPAS AKAUN EXPIRED 30 HARI BOLEH SERTAI SEMULA - BOLEH, Anda boleh keluarkan pulangan sahaja dan terus meletakkan modal untuk bulan berikutnya dengan memberitahu admin 5 hari sebelum tarikh pembayaran.
  8. ADA BONUS/INSENTIF TAJAAN TAK? Maaf, tiada insentif/bonus tajaan buat masa ini.
  9. ADA HAD PENDAFTARAN AKAUN KEAHLIAN ? Modal terkumpul RM2000 sahaja. Tetapi kami tidak menghadkan jumlah pemilikan akaun keahlian atau user ID. Contoh : Jamal sertai kongsimodal dan memiliki 3 user ID atas namanya. Ia di kira 3 akaun ahli  dan bergantung kepada amaun yang terkumpul.
  10. BAGAIMANA SAYA TAHU SAYA TELAH MENJADI RAKAN KONGSI KONGSI MODAL?  Mudah. Setiap pengesahan rakan kongsi anda akan terima SMS terus ke HP anda. Kami tidak cas credit HP anda dan User ID anda akan dipaparkan di Senarai Rakan Kongsi di blog kongsimodal. Sila hubungi admin jika user ID anda tiada dalam paparan di Blog setelah 24 jam anda menerima sms pengesahan rakan kongsi.  
  11. BAGAIMANA DAN BILA BOLEH LAKUKAN PENGELUARAN ?Pengeluaran akan dibuat oleh admin melalui maybank2u atau cash deposit machine terus ke akaun anda pada tarikh yang telah ditetapkan dalam senarai rakan kongsi. Sila semak akaun anda selepas pukul 4pm pada tarikh tersebut. Jika tiada pembayaran, hubungi admin dengan segera.
  12. JIKA SAYA JADI RAKAN KONGSI, DAN INGIN MENGINAP DI HOMESTAY ATAU MENGGUNAKAN KHIDMAT DOBI, BOLEH DAPAT DISKAUN ?– Maaf, kehadiran anda amat dialu-alukan untuk menyokong perniagaan kami dan amat kami hargai. Harga adalah sama bagi semua pelanggan dan tetamu homestay kami. Ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pihak yang menguruskan dobi dan homestay kami
  13. SAYA DAH BANK IN MODAL, TETAPI MAHU TARIK DIRI, BOLEH ? Boleh, tetapi hanya modal anda yang akan dipulangkan dan charge RM2 dikenakan untuk kos pengurusan dan penstrukturan semula yang terpaksa dilakukan. Contohnya jika Ali ingin mengeluarkan semula modal sebanyak RM50 yang telah dilaburkan, hanya RM48 akan dibayar setelah ditolak charge RM2. Anda perlu fikir semasak-masaknya sebelum menyertai kami, jika tidak anda akan rugi.
  14.  DAFTAR AKAUN GUNA NAMA SENDIRI,TETAPI AKAUN BANK ORANG LAIN? - Boleh, tetapi risiko atas anda!
  15. APA YANG BOLEH MENYEBABKAN AKAUN KEAHLIAN DI TAMATKAN/BLOCKED? - Kami sangat serius isu ini. Jika ada sebarang usaha tidak baik keatas program ini seperti spamming,memburukkan admin/rakan kongsi yang lain, penipuan (apa sahaja bentuk penipuan), promosi cara yang salah (tipu fakta program dan sebagainya) dan banyak lagi, tanpa sebarang amaran dan notis,kami akan terus blocked akaun keahlian anda dan modal anda.
  16. MAHU PROMOSIKAN HOMESTAY TERSEBUT BOLEH? - Ya, boleh. Jika ada kekosongan, insentif tambahan RM10  akan diberikan kepada rakan kongsi. Call admin untuk tempahan dan pengesahan.
  17. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN/MASALAH,BAGAIMANA? - Mudah. Boleh SMS/Call Admin .Boleh Email (income8205@gmail.com) dan Chat YM (id: zuli_ssc), Facebook (search Kongsi Modal), malah anda juga boleh gunakan borang di website dan ajukan sebarang masalah/soalan. Jika tiada respon, pastikan anda sms/email yea...
  18. KALAU NAK JUMPA ADMIN/DATANG PEJABAT BOLEH? Tiada masalah untuk berjumpa. Sila maklumkan awal jika ingin berjumpa.
  19. BERAPA LAMA PROGRAM INI AKAN DIJALANKAN? Memandangkan perniagaan ini telah sedia ada, admin hanya mensasarkan selama 6 bulan sahaja. Ini bermakna rakan kongsi hanya boleh menyimpan modal selama 6 bulan sahaja. Semakan semula akan dibuat selepas itu sama ada untuk diteruskan/diperbaiki atau dihentikan. 
  20. PERANCANGAN MASA DEPAN?  Terus-terang admin nyatakan bahawa program ini adalah untuk membina kepercayaan para rakan kongsi terhadap admin untuk terus melangkah ke hadapan supaya kita dapat berkongsi jika ada peluang bisnes yang lebih menarik dan orgininal. Contohnya, Jika admin mencadangkan untuk membuka homestay baru di sesuatu tempat dengan menyewa kediaman tersebut, admin akan mengemukakan cadangan kepada rakan kongsi yang berminat untuk melabur. Pelaburan dan pulangan bagi perkongsian begini tidak ada had masa kecuali tempoh perjanjian dengan tuan rumah tamat atau tidak disambung semula. Bagi admin, INI ADALAH PERKONGSIAN YANG SEBENAR.
  21. UNTUK RUJUKAN LEBIH LANJUT: Pastikan anda membaca FAQ sebelum melakukan pembayaran!

         PERHATIAN !  JIKA ANDA TIDAK FAHAM APA SAHAJA, SILA HUBUNGI ADMIN. SEBARANG KESILAPAN TANPA RUJUKAN DI WEBSITE/ADMIN, TIDAK AKAN DI LAYAN SAMA SEKALI..TERIMA KASIH!