Assalamualaikum
Sekadar berkongsi sedikit dari apa yang saya dengar di IKIM.FM pagi tadi semasa di perjalanan.
1. Teruskan belajar
Ilmu Allah itu sangat luas, siapa lah kita untuk berhenti daripada terus belajar kerana pelajaran tidak akan terhenti dan akan sentiasa ada selagi kita masih bernyawa.
(Hadis riwayat Muslim – hadis nombor 2699)
2. Banyak mendengar daripada bercakap
Orang yang lebih banyak mendengar akan lebih menghayati dan memahami apa yang disampaikan kepadanya dan pada masa yang sama boleh mengambil pelajaran dan pengajaran. Seterusnya menganalisis peluang, menambahbaik dan menggunakan ruang sedia ada dengan sebaik mungkin.
3. Luaskan pergaulan
Luaskan pergaulan tanpa mengira pangkat dan sosio ekonomi supaya kita boleh belajar dan mendapat pengetahuan daripada pelbagai latar belakang manusia. Orang yang berjaya akan dapat mencari dan menilai peluang/idea hasil daripada pergaulan dengan orang ramai. Paling penting sentiasa merendah diri dan jangan sesekali menyakiti atau mengguris hati orang lain di dalam pergaulan kita.
Sekadar Renungan: KITA 'ORANG PERTAMA' ATAU 'ORANG KEDUA'
1. Selembar kain putih dan titik hitam di atas kain tersebut;
Orang Pertama:
Amat terganggu dengan kehadiran titik hitam tersebut.
Orang Kedua:
Merasa syukur kerana masih banyak ruang pada kain putih yang boleh digunakan dan tidak terganggu dengan titik hitam tersebut.
2. Mata lebah atau Mata lalat;
Orang Pertama:
Mata Lalat - Walaupun berada di sebuah kebun bunga, ia hanya memandang dan mencari yang sesuatu yang busuk.
Orang Kedua:
Mata Lebah - Walaupun berada di tempat yang busuk, masih sibuk mencari bunga dan nektar/wangian.
Sekian, Wassalam
Selamat Hari Jumaat. Semoga Hari ini dan seterusnya kita dapat terus berada di dalam redha Allah.
No comments:
Post a Comment