Monday, 23 April 2012

Memberi Pinjam kepada Memberi Modal




ASSALAMUALAIKUM,


Tukar kebiasaaan kita daripada memberi pinjam kepada memberi modal. Memberi modal bermakna anda boleh mendapatkan modal beserta pulangan dengan nilai yang dipersetujui bersama.

Jika anda ada sedikit wang lebih, cari saudara atau rakan anda yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan yang jual pisang goreng ke, kedai makan ke apa-apa je la atau yang baru bercadang nak buka perniagaan dan memerlukan modal. Paling penting anda yakin dengan kejujurannya dan mempunyai keperibadian yang baik dan meyakinkan. Cuba anda berbincang dengan mereka dan tawarkan sedikit modal kepada mereka.

Anda nyatakan ini adalah sebagai modal dan bukan pinjaman, dalam jangka masa tertentu si dia perlu pulangkannya beserta keuntungan sebanyak sekian peratus. Jika si dia bersetuju bermakna si dia yakin dengan perniagaannya. Sekurang-kurangnya anda telah membantu peniaga tersebut menyelesaikan masalah modal yang dihadapi.

Ramai orang yang berminat untuk berniaga di luar sana yang memerlukan modal tetapi sukar untuk mendapatkan pembiayaan.

 Anda sewajibnya faham;
* Ini adalah perniagaan, ada untung dan rugi, anda perlu buat penilaian adakah perniagaan tersebut berpotensi untuk maju dan mampu mencapai pulangan yang baik.
* Sanggup kehilangan modal sekiranya penialaian anda tidak tepat dan anggaplah itu sebagai proses pembelajaran.
* Bersedekahlah sebahagian hasil yang kita perolehi kerana sebahagian hasil tersebut telah diamanahkan kepada kita untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

==================================================================
*Jika anda sama sekali tidak percaya dan tidak berminat dengan program seperti ini jangan membazir masa membacanya. Terus sahaja ke web yang anda minati.
*Jika anda berminat untuk program seperti ini dan masih ragu-ragu, selidik dulu untuk meyakinkan diri anda, sila call/sms/email untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan atau untuk ‘menguji’ si pemunya program.
* Tahniah kepada anda yang telah berjumpa dengan program pasif income yang sesuai dan jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. :)
==================================================================

###########################################################################
Saya nak berkongsi dengan anda program di http://kongsimodal.blogspot.com/p/program-kongsimodal.html.. Amacam ada berani? Hehe
###########################################################################

No comments:

Post a Comment