Monday, 23 April 2012

Memberi Pinjam kepada Memberi Modal




ASSALAMUALAIKUM,


Tukar kebiasaaan kita daripada memberi pinjam kepada memberi modal. Memberi modal bermakna anda boleh mendapatkan modal beserta pulangan dengan nilai yang dipersetujui bersama.

Jika anda ada sedikit wang lebih, cari saudara atau rakan anda yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan yang jual pisang goreng ke, kedai makan ke apa-apa je la atau yang baru bercadang nak buka perniagaan dan memerlukan modal. Paling penting anda yakin dengan kejujurannya dan mempunyai keperibadian yang baik dan meyakinkan. Cuba anda berbincang dengan mereka dan tawarkan sedikit modal kepada mereka.

Anda nyatakan ini adalah sebagai modal dan bukan pinjaman, dalam jangka masa tertentu si dia perlu pulangkannya beserta keuntungan sebanyak sekian peratus. Jika si dia bersetuju bermakna si dia yakin dengan perniagaannya. Sekurang-kurangnya anda telah membantu peniaga tersebut menyelesaikan masalah modal yang dihadapi.

Ramai orang yang berminat untuk berniaga di luar sana yang memerlukan modal tetapi sukar untuk mendapatkan pembiayaan.

 Anda sewajibnya faham;
* Ini adalah perniagaan, ada untung dan rugi, anda perlu buat penilaian adakah perniagaan tersebut berpotensi untuk maju dan mampu mencapai pulangan yang baik.
* Sanggup kehilangan modal sekiranya penialaian anda tidak tepat dan anggaplah itu sebagai proses pembelajaran.
* Bersedekahlah sebahagian hasil yang kita perolehi kerana sebahagian hasil tersebut telah diamanahkan kepada kita untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

==================================================================
*Jika anda sama sekali tidak percaya dan tidak berminat dengan program seperti ini jangan membazir masa membacanya. Terus sahaja ke web yang anda minati.
*Jika anda berminat untuk program seperti ini dan masih ragu-ragu, selidik dulu untuk meyakinkan diri anda, sila call/sms/email untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan atau untuk ‘menguji’ si pemunya program.
* Tahniah kepada anda yang telah berjumpa dengan program pasif income yang sesuai dan jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. :)
==================================================================

###########################################################################
Saya nak berkongsi dengan anda program di http://kongsimodal.blogspot.com/p/program-kongsimodal.html.. Amacam ada berani? Hehe
###########################################################################

Thursday, 19 April 2012

TIPS 2: CASH MUDAH DENGAN SEDIKIT USAHA


Assalamualaikum,

(KHAS UNTUK MEREKA YANG TIDAK MENGHANTAR PAKAIAN KE DOBI)


PERKHIDMATAN CUCIAN PAKAIAN/DOBI DI RUMAH
Cuma perlu ada mesin basuh dan ruang menyidai baju.
Cuci pakaian biasa sahaja sudah memadai.

Kaedah Iklan;
Iklankan sahaja di internet seperti di www.mudah.my, www.lelong.my, www.iklanpercuma2u.com dan banyak lagi. Search sahaja ‘iklan percuma’ di www.google.com.my..atau edar fliers di sekitar kawasan kediaman anda.
Mungkin ada orang yang memerlukan perkhidmatan dobi di sekitar perumahan anda. Tawarkan perkhidmatan ambil dan hantar sebelah malam jika anda bekerja pada siang hari. Hadkan pelanggan anda dari 3-5 orang sahaja seminggu bergantung kepada keupayaan anda. 

Penimbang;
1) Tumpang timbang di kedai berhampiran atau
2) Beli sahaja Timbang dengan skala 20kg (~RM150.00)

Sabun dan Pewangi;
Guna sahaja yang anda biasa guna.

Harga;
Harga ikut harga pasaran atau rendah sedikit sahaja. Terpulang kepada anda.

Kotoran Degil
1) Campur sedikit sabun dengan air suam dan berus sedikit (kotoran biasa seperti daki biasanya akan hilang) atau
2) Beli stain remover atau prewash daripada pasaraya berdekatan (Biasanya memang ada di bahagian sabun/softener, jenama yang biasa kiwi clean dan lain-lain)
3) Jangan paksa diri anda untuk menghilangkan kotoran yang masih degil kerana mungkin akan merosakkan baju tersebut. Berserah saja.

Perkhidmatan Tambahan:
- Jika anda mahir menggosok baju anda boleh tawarkan perkhidmatan tersebut atau boleh belajar dari dobi berdekatan (bayar sikit la)
- Jika mesin basuh anda berkapasiti 9 kg ke atas, anda boleh tawarkan perkhidmatan membasuh toto/comforter. Lumayan tu.

Niatkan segala usaha adalah kerana Allah dan yakin dengan rezeki yang Allah kurniakan.
*  Mesti jujur dengan pelanggan dan merendah diri.
*  Jangan lupa sedekahkan sedikit hasil yang diperolehi :)


Hubungi saya jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. :)