PELAJAR
Semalam kita tak paham apa yang cikgu/pensyarah ajar sebab kita tak buat persediaan,
Hari ini pastikan kita buat persediaan sebelum cikgu/ensyarah menagajar.
Semalam kita tak sempat buat persediaan sebab lewat balik dari menge'teh' dengan kawan-kawan,
Hari ini pastikan kita pulang awal sebab nak wat persediaan kelas esok hari. :)
PEKERJA
Semalam kita buat kerja sambil lewa sebab sakit hati dengan Boss,
Hari ini kita buat kerja betul-betul kerana Allah.:)
Semalam kita masuk kerja terlewat sedikit tapi balik ontime,
Hari ini kita masuk kerja terlewat sedikit tapi takpe hari ni kita balik lewat sikit.:)
BOS
Semalam kita marah pekerja kerana masuk office lambat,
Hari ni kita tanya pekerja pukul berapa dia balik semalam untuk siapkan kerja urgent yang kita suruh buat semalam..:)
Semalam kita masuk office lebih lambat daripada perkerja tapi balik lebih awal,
Hari ini kita masuk lambat sikit tapi takpe balik nanti biar Bos tutup lampu dan pintu Office :)
SENDIRI BOS SENDIRI KULI
Semalam kita mengeluh sebab duit masyuk tak banyak,
Hari ni kita niat berniaga kerana Allah, kuatkan semangat, usaha dengan lebih baik dan syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.
Semalam kita hanya kira berapa duit yang masyuk,
Hari ini kita kira sekali berapa yang kita nak sedekahkan...
No comments:
Post a Comment