Assalamualaikum,
(KHAS UNTUK MEREKA YANG
TIDAK MENGHANTAR PAKAIAN KE DOBI)
PERKHIDMATAN CUCIAN
PAKAIAN/DOBI DI RUMAH
Cuma perlu ada mesin basuh dan ruang menyidai baju.
Cuci pakaian biasa sahaja sudah memadai.
Kaedah Iklan;
Iklankan sahaja di internet seperti di www.mudah.my, www.lelong.my,
www.iklanpercuma2u.com dan banyak
lagi. Search sahaja ‘iklan percuma’
di www.google.com.my..atau edar fliers di sekitar kawasan kediaman anda.
Mungkin ada orang yang memerlukan perkhidmatan dobi di sekitar
perumahan anda. Tawarkan perkhidmatan ambil dan hantar sebelah malam jika anda bekerja pada siang hari. Hadkan
pelanggan anda dari 3-5 orang sahaja seminggu bergantung kepada keupayaan anda.
1) Tumpang timbang di kedai berhampiran atau
2) Beli sahaja Timbang dengan skala 20kg (~RM150.00)
Sabun dan Pewangi;
Guna
sahaja yang anda biasa guna.
Harga;
Harga ikut harga pasaran atau rendah sedikit sahaja.
Terpulang kepada anda.
Kotoran Degil
1) Campur sedikit sabun dengan air suam dan berus sedikit (kotoran
biasa seperti daki biasanya akan hilang) atau
2) Beli stain remover atau prewash daripada pasaraya berdekatan (Biasanya memang ada di
bahagian sabun/softener, jenama yang biasa kiwi
clean dan lain-lain)
3) Jangan paksa diri anda untuk menghilangkan kotoran yang
masih degil kerana mungkin akan merosakkan baju tersebut. Berserah saja.
Perkhidmatan Tambahan:
- Jika anda mahir menggosok baju anda boleh tawarkan
perkhidmatan tersebut atau boleh belajar dari dobi berdekatan (bayar sikit la)
- Jika mesin basuh anda berkapasiti 9 kg ke atas, anda boleh
tawarkan perkhidmatan membasuh toto/comforter. Lumayan tu.
* Niatkan segala usaha adalah kerana Allah dan yakin dengan
rezeki yang Allah kurniakan.
* Mesti jujur dengan pelanggan dan merendah diri.
* Jangan lupa sedekahkan sedikit hasil yang diperolehi :)
Hubungi saya jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. :)
No comments:
Post a Comment