Assalamualaikum,
TIPS CASH MUDAH DENGAN SEDIKIT USAHA, TAK PERLU BERHENTI KERJA...
TIPS CASH MUDAH DENGAN SEDIKIT USAHA, TAK PERLU BERHENTI KERJA...
Jadi Pengedar
Pengedar merupakan orang tengah
yang mengambil produk daripada pengilang/pembuat pada harga pengedar yang telah
ditetapkan oleh pengilang. Pengedar menjual kepada peruncit/pekedai pada harga yang
ditetapkan oleh pengedar. Peruncit/Pekedai akan menjual pada harga pasaran.
Setiap aras daripada Pengilang, pengedar, peruncit akan mendapat keuntungan
masing-masing.
Orang biasa seperti kita yang
hanya bekerja biasa, tidak mempunyai modal besar boleh menjadikan bidang pengedaran sebagai karier atau aktiviti masa lapang untuk menambah pendapatan.
Dapatkan maklumat tepat mengenai ‘harga pengedar’ daripada pengilang/pembuat.
Peruntukkan sedikit gaji anda
untuk tujuan ini. Lakukan pada hujung minggu atau selepas waktu kerja.
Nak jadi pengedar produk apa?
- Cari produk yang tiada/sedikit
sahaja di jual di kedai runcit/kedai makan di;
*Kawasan tempat tinggal anda
*Kawasan tempat kerja anda
*Kampung anda
*Kampung Mertua anda kalau dah
kahwin :)
*Kawasan sekolah anak anda
*Kawasan laluan anda pergi/balik kampung
*Kedai kawan/saudara anda
(Tempat-tempat ini tidak
melibatkan kos tambahan terutamanya petrol kerana anda selalu lalu di kawasan tersebut) - Dan banyak lagi tempat-tempat lain...
Contoh produk paling ketara adalah
kismis (kismis-surfnbuy.blogspot.com) :) dan banyak produk lain
lagi..
Contoh pengiraan;
Jika satu kotak produk anda boleh
dapat untung RM4, dalam seminggu anda BERJAYA
menjual;
1 kotak di kawasan tempat tinggal anda
2 kotak di Kawasan tempat kerja anda
2 kotak di Kampung anda
1 kotak di Kampung Mertua anda kalau dah
kahwin :)
1 kotak di Kawasan sekolah anak
anda
2 kotak di Kawasan laluan anda
pergi/balik kampung
1 kotak Kedai kawan/saudara anda
(anda hanya perlu peruntukkan seminggu sekali sahaja untuk ke kedai tersebut)
Ini bermakna anda telah BERJAYA menjual
10 kotak seminggu.
Pendapatan sampingan untuk
seminggu; 10kotak x RM4 = RM40
Pendapatan sebulan RM40 x 4
minggu = RM160.
Anda BERJAYA memperoleh RM160 sebulan!!! sebahagian besar
dari kita telah mampu membayar bil air dan elektrik tanpa menggunakan duit
gaji. :)
(Bonus tambahan diperolehi jika ada orang membuat tempahan dalam
kuantiti yang banyak untuk majlis keraian)
*Keuntungan pengedar bergantung
kepada kuantiti jualan, semakin banyak jualan semakin banyak untungnya
bergantung kepada matlamat kita :)
*Setiap perniagaan ada risikonya,
binalah kekuatan dalam diri, niat yang betul, Insyallah Allah bersama-sama
hamba-Nya yang sentiasa berusaha untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya. Carilah redha Allah
dalam setiap amalan kita.
*Sentiasa ingat untuk bersedekah
kerana sebahagian harta yang kita perolehi ada hak orang lain.
* (Sekadar berkongsi frasa yang begitu baik dari RK Mfadzli ketika berjumpa di Kedai Dobi Angin Bayu Enterprise), Manusia ini unik, mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.. kita mungkin mempunyai matlamat yang sama namun cara dan bagaimana matlamat itu dicapai adalah berbeza mengikut kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Justeru teruslah berusaha, mencuba dan berdoa supaya kita menemui kekuatan dan keistimewaan kita itu.
Sekadar perkongsian untuk
peringatan bersama.. :)
Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar kismis, boleh
klik di KISMIS dan hubungi admin atau pengedar berdekatan anda untuk berbincang… Terima kasih
No comments:
Post a Comment